fbpx

Noh Salleh Enggan Komen Tuntutan Ibu Kandung Musa

Penyanyi Noh Salleh enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tiga tuntutan ibu kandung Musa yang hanya ingin dikenali sebagai Athira.

Memetik Kosmo, Noh berkata dia sedang sibuk sebelum mematikan panggilan telefon.

BACA: “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Noh” – Ibu Kandung Musa

“Tak nak, saya busy (sibuk) sekarang,” katanya.

Sebelum ini, ibu kandung Musa membuat tiga tuntutan terhadap penyanyi itu iaitu menarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam gambar anaknya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Melodi Noh mendakwa ibu kandung kepada anak angkatnya itu memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.

Bagaimanapun, Athira mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh serta meluahkan rasa kecewa apabila dirinya digunakan untuk kepentingan penyanyi itu.

Dalam pada itu, tindakan Noh itu juga dianggap melanggar perjanjian yang sudah dibuat antara mereka. Jika Noh gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, dia akan mengambil tindakan undang-undang.