fbpx

Kalau betul cara’nya, tahun 2012 boleh jadi tahun Ning Baizura dek perancangan beliau untuk kembali relevan dalam dunia muzik.

Bukan kami katakan ketika ini Ning Baizura tidak relevan, beliau merupakan salah seorang lagenda suara di Malaysia dan tiada siapa dapat menafikan fakta tersebut.

Namun ketika temubual bersama media di Plaza Angsana, Johor Bahru baru baru ini, Ning Baizura melontarkan perancangan beliau untuk tahun 2012.

Memulakan tahun 2012 dengan layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26), Ning Baizura nampaknya tidak mahu setakat itu sahaja — selepas kejayaan konsert solo beliau baru baru ini, pihak penaja nampaknya mula kembali yakin dengan potensi dan daya tarikan yang ada pada insan bergelar Ning Baizura ini.

Oleh itu, satu siri jelajah Malaysia telah pun mula di’rancang ketika ini yang akan meliputi semenanjung Malaysia juga Sabah & Sarawak dan akan berlangsung sepanjang 2012 dan berakhir sekitar awal 2013. 

Bukan itu sahaja perancangan besar Ning Baizura, beliau dan suami Omar Shariff sudah pun sebulat suara bersetuju untuk memiliki anak sendiri pada tahun ini — dan kemungkinan juga awal 2013.