fbpx

Ning Baizura Perjelas Isu Tanya ‘Siapa’ Rafah

Baru-baru hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan penyanyi Ning Baizura dikecam oleh netizen apabila reaksi spontannya yang bertanya ‘siapa’ Rafah ketika sesi siaran langsung di Instagram.

Menerusi satu video, Ning tampil menjelaskan mengenai situasi sebenar dimana pertanyaan ‘who’s that’ itu tidak ditujukan kepada Rafah dan ia telah disalah anggap oleh netizen.

BACA: “Dah La Nyanyi Pun Tak Sedap, Teruk Gila Tak Tahu Rafah” – Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ning Baizura (@ningdalton)

“Sesi live itu adalah sesi karaoke berkata peminat. Saya dedikasikan untk menghiburkan dan mendekati peminat-peminat saya. Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan bertanyakan nama penonton yang sukar disebut.

“Ketika itu muncul komen itu dan saya tanya siapa dan ia terkeluar dari mulut saya secara tiba-tiba kerana pada waktu itu keadaan agak kelam kabut kerana saya kena buat muzik karaoke,” katanya.

Sementara itu, Ning turut menasihati orang ramai agar menonton semula sesi siaran langsung berkenaan dan dia tidak mempersendakan situasi yang berlaku.

“Kalau anda ada peluang tontonlah video itu, ia masih ada di IG saya. Saya tidak tanya apa itu, saya kata siapa itu yang merujuk kepada nama-nama orang apabila membuat live,” katanya.

Dalam pada itu, Ning turut kesal dengan sikap segelintir pihak yang menyunting video berkenaan serta menyebabkan orang ramai tidak tahu situasi sebenar ketika sesi siaran langsung itu.

“Mudah bagi orang untuk sunting dan potong dan menampakkan ia jadi seperti apa yang tular sekarang. Terus terang saya tak berniat menyakiti hati sesiapa.

“Saya tahu apa yang berlaku di P4lestin dan saya juga banyak melakukan sumbangan untuk mereka di sana. Tapi bila kita buat benda-benda amal ni tak perlulah uar-uarkan sangat. Benda ni datang dalam hati kita,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak