Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan penyanyi Ning Baizura dikecam oleh netizen gara-gara tidak mengatahui maksud Rafah.
Menerusi video itu, Ning sedang membuat siaran langsung di Instagram membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’.
BACA: Ning Baizura Akui Tertekan Ketika PKP
Namun, reaksi Ning ternyata mengejutkan ramai apabila bertanyakan siapa Rafah seolah memberi bayangan bahawa dia tidak peka dengan isu semasa ketika ini.
“All Eyes on Rafah… who’s that?” jawabnya.
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
Di aplikasi X, rata-rata netizen menyifatkan penyanyi itu tidak sensitif dengan apa yang terjadi di Palestin sedangkan sudah berbulan-bulan perang berlaku disana.
Kata netizen lagi, mustahil tidak tahu sedangkan media sosial dihujani tentang Rafah. Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan malu apabila tidak tahu mengenai perkara itu sedangkan mereka diluar negara ramai yang berjuang memberikan sokongan pada Palestin.
Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen mengaitkan dengan nyanyiannya yang dikatakan tidak sedap serta terkejut apabila penyanyi itu tidak tahu mengenai Rafah.