fbpx

Ning Baizura Dikecam Hina Orang Miskin?

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan beberapa orang kanak-kanak ditahan oleh pihak polis kerana keluar dan bermain beramai-ramai sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gelagat kanak-kanak itu yang begitu takut disakat oleh anggota polis itu turut dikongsikan oleh beberapa portal popular dan serta mendapat perhatian penyanyi Ning Baizura. Bagaimanapun, komen secara seloroh ditinggalkan oleh Ning menimbulkan rasa kurang netizen.

BACA: Demi Album, Ning Baizura Tangguh Tambah Anak

https://www.instagram.com/tv/B-6G9iGARVT/?utm_source=ig_embed

Komen tersebut seakan menghina kanak-kanak tersebut miskin kerana dilihat tidak memakai selipar. Malah, turut menggunakan emoji ketawa pada komen berkenaan.

Bagaimanapun, Ning menjelaskan dia mengakui tersalah menggunakan emoji kerana menaip komen dalam keadaan tergesa-gesa. Membalas komen netizen mengenai isu itu, Ning berkata dia mahu meletakkan emoji menangis sebaliknya terletak emoji lain.

Meskipun sudah menjelaskan perkara sebenar, namun netizen berterusan mengecamnya. Apa pun Ning sudah pun memberi penjelasan mengenai kesilapannya itu, netizen pun janganlah terlalu negatif.