fbpx

Demi Album, Ning Baizura Tangguh Tambah Anak

Setelah 5 tahun menanti untuk merakamkan album, kini Ning Baizura akan kembali menjengah studio rakaman pada Disember ini. Bagaimanapun, penyanyi tersebut akui terpaksa menangguhkan niatnya untuk menambah cahaya mata kedua.

BACA: Ning Baizura, Suami Mahu Dalami Agama Sebelum Tunai Ibadah Umrah

“Sudah tentu saya teruja kerana album ini bakal memuatkan 10 lagu, kebanyakannya adalah sentuhan balada seperti yang pernah saya rakamkan sebelum ini. Jadual kerjaya saya memang padat. Selain persediaan merakamkan album, saya juga sibuk menguruskan butik yang diusahakan bersama rakan”

“Kesibukan itu membuatkan saya terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk menambah zuriat. Anak sulung saya, Ryan sudah tidak sabar untuk mendapat adik. Tetapi, jika Allah berikan rezeki, kami tidak akan menolak,” katanya dipetik dari BH Online.

Apa pun semoga Ning dan keluarga akan terus kekal bahagia. Selain itu, sebelum ini Ning juga ada menyuarakan hasratnya untuk menunaikan umrah namun dia dan suami mahu mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana. (rtky/s)