Ning Baizura Akui Tertekan Ketika PKP
Terlalu bimbang memikirkan masa depan sebagai penyanyi, Ning Baizura mendedahkan dia mengalami tekanan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Menurut Ning, dia menerima banyak tawaran menyanyi namun terpaksa dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Ning berkata apa yang lebih membimbangkan menyanyi adalah punca rezekinya.
BACA: Ning Baizura Dikecam Hina Orang Miskin?
“Dua minggu selepas PKP dikuatkuasakan, saya tertekan. Tawaran menyanyi ada tapi banyak yang terpaksa dibatalkan. Ketika itu, terfikir bagaimana masa depan saya sebagai penyanyi sedangkan inilah punca rezeki.
“Namun, bukan saya seorang berperasaan begitu malah kawan-kawan lain. Ada yang meluahkan perasaan dan mengadu situasi mereka. Saya bersyukur kerana biarpun dalam kepayahan, saya berjaya melalui situasi sukar itu,” katanya kepada BH Online.
Meskipun gusar berdepan cabaran tersebut, namun Ning bersyukur keluarganya sentiasa memahami dan menjadi sumber inspirasi untuk dirinya cekal dan tabah.
“Mujur saya dikelilingi keluarga yang sangat memahami. Dalam menghadapi situasi itu, bagi kami, komunikasi itu penting. Kami cuba hindari perasaan sedih dan atur perancangan supaya kehidupan jadi lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Ning berkata sepanjang PKP dia menambah pengetahuan dengan mempelajari selok membina perniagaan atas talian sebagai persediaan untuk masa depan.
“Mahu atau tidak, kita kena akur situasi hari ini yang tidak sama dengan sebelumnya. Justeru, saya mengambil beberapa kursus perniagaan melalui pelantar digital.
“Rasa seronok apabila kita dapat belajar perkara baharu. Ini membuka mata kita melihat sesuatu daripada perspektif berbeza,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
MENYANYI BERPULUH TAHUN… TAKDE SIMPAN SAVING KE….???
NI PUN NAK NGADU KE????
BAYANGKAN MEREKA2 YG KAIS PAGI MAKAN PAGI…
so don judge a book by its cover.. ramai artis yg berpura2 byk duit tp tidak..
saya bersuami org luar jugak, duit aku laki x kacau. Org yg hutang kat laki akupun, laki aku x kutip, sbb fhm org yg berhutang x ada kerja. Sbb sebelum adanya covid..laki aku pernah pesan, kalau msk nasi 1 lauk ayam goreng, 1 syur shj. Jgn cuba2 nk buat 2 lauk mcm tmbh udg ke semangkuk.
Lpas tu aku tanya, kawan2 awak (suami) skrg (masa pkp) x kerja mcm mana nk makan, byr sewa, ada x ngo2 bagi bantuan mknan. Then suami ckp, tak perlu risau, kaum kami saling bekerjasama saling bantu mmbntu jika tiada wang utk makan.
Jdi masa sng..ingat di masa depan.
@ikan sepat awk ni jenis x baca artikel….dia cakap tertekan bukan sebab kebulur..adoi…bodoh tu simpan sikit kak oi.
memang satu dunia mcm ni nk buat mcm mana ….loan rumah, kereta, sewa, bil2, ank2..bila putus pencarian ketat sikit… lain la kau kerja gomen, lepak2 gaji jalan jgk….masuk kerja asyik sembang pukul 4.30 balik…belum masuk time minum kopi makan petang….
Paham lah sgt….satu show beribu bila x pergi show mana payment nk masuk. Pelakon pun sama..jual pisang goreng mana sama dgn berlakon 10-20k untuk satu drama. Jgn tahu nak kecam jer…korang bukan artis. hikksks
tinggal kt penthouse mcm mana x tertekan? cer tinggal rumah biasa2 teres atau aparment biashe2 okay boleh survive x stress kan.., bila dh biasa idop mewah time mcm ni tertekan rasa sgt. org kampong mcm kami ni dah biasa x mewah pakai handbeg channel, lv okay jer lah mkn ikan goreng cicah sambal…salon pergi pun sbb nk trim rambut bkn sbb nk kaler ker apa habis beratus treatment..lifestyle diaorang tu yg menyusahkan dorang sendiri tu belum lgi holiday every month..kami pergi air terjun free ajer bawak anak2 sambil mkn durian bekal masak dr rumah oky jer.
sebenarnya sikit shj dugaan dariNya, kita sudah tertekan. Time Malaya di jajah Jepun, lagi melarat atok nenek kita zmn tu.
sebab tu harus diajar anak2 kita makan sardin, telur goreng, nasi lemak, nasi goreng, ikan kering ….ni tak ko asyik nk ke mc d/pizza hut, bubble tea, makan jenis muntah kedarah hurmm lol.
bila kena pkp anak2 tak paham mula mintak itu ini sebab dah terbiasa mewah tu sekali sekali ajar anak berdikari makan simple2…itu belom perang atau negara kena serang.
@Mat Kilau..itu kira berlauk jugak, cer kasi try mkn belacan goreng gaul dgn nasi..lagi sodap tau.., semua benda2 ni makanan melayu apa..
Gaya kemain Tp sengkek!!!
@Mat Kilau..akupun pernah mkn belacan goreng gaul nasi..atau belacan bakar, tpi masa tu bawa bekal utk menoreh lah..tidak ku lupa saat itu, aku terdgr bunyi tembakan dlm hutan, lalu aku bertanya pada ibu yg tengah menoreh, bunyi apa tu mak, oohh..itu bunyi cina tembak kinzir hutan, lalu aku bawa bekal nasi lauk belacan tu naik ke pokok getah yg condong, sambil meninjau2 kebawah, adakah cina itu lalu sambil mengandar kinzir..tunggu punya tunggu..x nmpk pun..tnpa ku sedar, nasi dn lauk belacan habis ku makan..
betul kak senah..cuma rambut pon sy bedal, potong sendiri. pakai tudung mana la org luar nampak senget ke dak. dlm rumah semua dak kisah. da 2tahun buat, da mahir. rambut anak pon sy potongkan. yg mana pakai tudung, cubala. jimat
Laki si Huh tu rohingya yek?
@Zarinaanpookie…bukn org bot..tpi kturunan genghis khan
Rupanya ramai yang sengkek retis niii .. gaya je lebih, biar pape asal bergaya ye dak! 3 bulan tak keje pun dah runsing. Kalau betul kaya, takde nak meraban stakat 3 bulan tu, lagipun dah berpuluh tahun duk menanyi, takkan takde saving langsung kut
@IKAN EMAS.. KO TU YG BODOH TAHAP GABANNNNNN…
KO TAK FAHAM KE APER TERSIRAT DLM STATEMENT DIA TU…
TERTEKAN SEBAB TAK BLEH NYANYI SUMBER REZEKI DIA….
VANGGGANGGGG…