Bakal melangsungkan perkahwinan pada hari esok iaitu 17 November, Izara Aishah dan juga pilihan hati, Adib Khalid terlebih dahulu mengadakan majlis berinai.

BACA: Resepsi Izara Aishah, Adib Khalid 19 November Ini


Perkara tersebut dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram dan peminat jelas sekali turut berkongsi rasa gembira dan tidak sabar untuk menantikan Siti menerima menantu.

Dalam perkongsian gambar tersebut juga Izara dilihat mengenakan busana bertemakan Bollywood manakala Adib dengan gaya kasual. Tapi memang sweet‘kan pasangan ini?



Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 19 November ini. Apa pun, semoga segala perjalanan majlis pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. (rtky/s)