Ramai terkejut mendengar perkhabaran tentang pembatalan perkahwinan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaimie pada saat akhir yang sepatutnya dijadualkan Ahad ini, 17 Mac 2019.

Menerusi Instagram, Awi memuat naik satu video memberikan kenyataan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan perkahwinan serta menarik diri di atas sebab-sebab tertentu dan tidak mahu membuka aib sesiapa.


BACA: Atikah Suhaimie, Awi Rafael Tak Jadi Kahwin

View this post on Instagram

Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. – Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa. – Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. ?? – TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage. – Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. – Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. ???? Bismillah.

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on

“Saya ingin mengucapkan dan memaklumkan bahawa Awi dan keluarga Awi tarik diri daripada perkahwinan bersama dengan Atikah. Ada banyak benda yang harus kita selesaikan semenjak awal lagi. Namun pada saat-saat akhir ini barulah kita tahu kisah-kisah yang sebenar,” katanya.

Awi turut memberitahu dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu dengan niat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan membawanya ke jalan Allah.


Menyifatkan dugaan ini terlalu berat untuknya, Awi memberitahu dia dan keluarga memerlukan ruang untuk menyelesaikan masalah tersebut.