Wow! Rasanya sudah lama benar kita tidak melihat kelibat kumpulan New Boyz ini yang dulu pernah digilai peminat wanita sekitar tahun 1999.

Walaubagaimanapun, kita sendiri sedar hanya Tomok yang paling menyerlah berbanding anggota kumpulan yang lain selepas penyanyi ini yang popular dengan lagu “Aku Datang” menjuarai Program Realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2009.


Berita baik bagi mereka yang menanti sekian lamanya, selaku ketua kumpulan, Tomok atau nama sebenar Shah Idrawan kumpulan New Boyz bakal kembali namun banyak perkara yang perlu ditukar mengikut peredaran semasa.

Dalam pada masa yang sama Tomok memberitahu disebabkan nama New Boyz sudah tidak relevan digunakan sekarang nama kumpulan telah pun ditukar ke NB.

“Kami memang sudah ada perancangan untuk kembali beraksi di pentas dan muncul seperti dulu di kaca televisyen namun itu bukan perkara yang mudah kerana memerlukan perancangan yang sangat teliti.”

Menurut Tomok lagi, dia tidak mahu kumpulannya nanti membuat “Comeback” seperti biasa-biasa sahaja dan tidak meninggalkan impak kerana NB ramai sedia maklum mengambil masa yang sangat lama untuk kembali muncul.


Ujar Tomok disebabkan kekangan waktu dan masing-masing sudah mempunyai komitmen sendiri menyebabkan mereka sukar untuk berkumpulan dan berbincang dengan lebih dalam.

New Boyz yang dahulu terdiri dari lima ahli iaitu Tomok(solo), Zack(Bass), Jay(Gitar Utama), Lan(Gitar Utama) dan juga Along(Drum) masih mengekalkan anggota yang sama dan masing-masing masih lagi anggota New Boyz termasuk Zack yang sebelum ini pernah ditahan diatas dakwaan mengedar 1.321 kilogram ganja.

Pasti ramai yang teruja terutamanya gadis-gadis diluar sana dan juga mereka yang sudah bergelar emak orang sekarang yang memang minat dengan lagu mereka seperti ‘Sejarah Mungkin Berulang dan ‘Meraung’.

Kiranya kumpulan New Boyz ni macam One Direction versi Malaysia zaman dulu lah.Heh.