fbpx

Netizen Ugut Rogol Ramai-Ramai, Diana Danielle Ambil Tindakan

Nampaknya netizen sekarang bukan setakat mengecam, malah ada yang semakin berani memberikan komen yang tidak sepatutnya. Menerusi Instagram, pelakon Diana Danielle mendedahkan komen berbaur ugutan rogol daripada seorang netizen di media sosial.

Diana turut memuat naik komen individu tersebut yang menggunakan nama Ismail Upahan yang mengajak netizen untuk merogol isteri kepada Farid Kamil itu secara beramai-ramai.

BACA: “Kami Beli Tiket Dengan Duit Sendiri, Tak Perlu Main Kabel”

Diana berkata keselamatannya terancam dan maruahnya seolah dipijak-pijak oleh individu berkenaan. Menyifatkan komen tersebut sebagai ugutan dan gangguan seksual, Diana meminta agar keluarga lelaki berkenaan tidak cuba menghubunginya berikutan tindakan yang akan diambil.

Diana berkata lagi, rogol bukan perkara yang boleh dibuat main. Katanya lagi, adakah kita perlu baik hati jika orang yang tidak dikenali ajak orang ramai untuk merogol isteri anda dan mendoakan kehancuran keluarga anda.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyokong pendapat Diana dan menyifatkan tindakan lelaki itu sangat kurang ajar serta berharap agar pelakon itu membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan atas tujuan keselamatan.