fbpx

Cik B Tolak Hadiah Barangan Berjenama Mewah Daripada DSV

Siapa yang tak kenal dengan anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B. Berbeza dengan gadis remaja lain yang gemar berfesyen, Cik B lebih gemar berpakaian ringkas dan mahu menjadi dirinya sendiri.

Baru-baru ini, perkongsian Cik B yang memuat naik perbualan WhatsApp dengan ibunya menjadi perhatian di laman Twitter. Menerusi perbualan itu, Cik B menolak pemberian hadiah berjenama mewah Christian Dior daripada ibunya.

BACA: Netizen Terkedu Lihat Cik B Tampil Menawan Di Muka Depan Majalah

Menerusi perkongsian itu, DSV mahu membeli hadiah berupa sebuah beg sandang, beg tangan dan kasut sukan yang harganya mencecah ribuan ringgit. Bagaimanapun, Cik B berkata dia tidak minat dengan barangan tersebut.

Malah, apa yang mencuri tumpuan netizen gadis berusia 15 tahun itu menolak hadiah barangan daripada ibunya dan mengatakan bahawa dia tidak mahukan apa-apa.  Malah, Cik B turut mengatakan hanya membazir duit sahaja.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menolak pemberian ibunya itu kerana merasakan jenama mewah itu tidak kena dengan citarasanya.

Dalam pada itu, ada netizen menawarkan diri untuk menjadi anak angkat DSV. Sementara itu, rata-rata netizen kagum dengan sikap Cik B kerana meskipun dia anak orang kaya tetapi tetap merendah diri.