fbpx

Netizen Terkejut Maria Farida Bawa Watak Ibu Aaron Aziz

Baru-baru ini, drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa baru sahaja membuka tiraunya pada 9 Februari di slot Samarinda TV3. Drama itu mengisahkan Dean Ilyas yang dilakonkan oleh Datuk Aaron Aziz dilihat sempurna namun sebenarnya cenderung dengan hubungan sejenis.

Turut membintangi drama itu, Sophia Albarakbah membawa watak Cahaya Malaika merupakan isteri Dean dan Maria Faria sebagai Datin Junaidah ibu kepada Dean.

BACA: Terlalu Minat Aaron Aziz Punca Pasangan Bercerai

Meskipun baru dua episod bersiaran, netizen terkejut apabila Maria Farida membawa watak sebagai Aaron Aziz dalam drama berkenaan.

Menerusi Cari Forum, seorang netizen mengatakan sepatutnya memilih pelakon lebih berusia untuk membawakan watak sebagai ibu kerana pada awalnya disangkakan dua pelakon itu membawa watak suami isteri.

Dalam pada itu, seorang netizen mengatakan, Aaron juga dilihat lebih sesuai jika membawa watak sebagai bapa kerana ia lebih sesuai dengan umurnya.

Sementara itu, ada yang mengatakan kedua pelakon itu lebih sesuai membawa watak pasangan suami isteri atau adik beradik kerana Aaron kini 45 tahun dan Maria Farida pula berusia 52 tahun.