Terlalu Minat Aaron Aziz Punca Pasangan Bercerai
Tidak dinafikan masalah rumah tangga semakin meruncing ketika pandemik Covid-19 apabila ada yang berdepan masalah kewangan sehingga mengakibatkan perkahwinan musnah.
Baru-baru ini, Utusan ada mengeluarkan laporan mengenai kes perceraian dimana mengikut rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), sejumlah 86,468 kes perceraian berlaku dari awal tahun 2020 hingga Oktober 2021.
BACA: Aaron Aziz Sedih Solatkan Jenazah Ibu Seorang Diri Tanpa Keluarga
Lebih mengejutkan, alasan pasangan bercerai dilihat agak remeh antaranya isteri suka menghabiskan masa melayan permaianan dalam talian PUBG.
Malah, ada yang bercerai kerana isteri terlalu meminat pelakon Aaron Aziz serta rumah bersepah dengan produk Tupperware.
Angka tersebut sekaligus menjadikan sebanyak 212,080 kes direkodkan kes tuntutan cerai di seluruh Malaysia dalam tempoh empat tahun dari 2018 hingga 27 Oktober 2021.
Sementara itu, pelakon Aaron Aziz turut memuat naik keratan akhbar berkenaan susulan namanya turut menjadi punca perceraian pasangan di luar sana.
Mengakui sedih membaca laporan berkenaan, Aaron berkata sebagai suami dia mahukan rumah tangga yang bahagia serta mendoakan agar pasangan tersebut rujuk semula demi anak-anak.
“Ya Allah… saya baca ni saya rasa sedih… Abg sama jugak dgn suami lain inginkan rumahtangga yg bahagia… Abg Harap dapat lah rujuk demi anak anak dan amanah,” tulisnya.
- SUMBER
- Utusan Online
Bodohnya betina2 melayu zaman ni kan?!
Kelakorrr… Lakarrr.. Tk der encem manooo???
Laporan zmn bila tu. Untuk tahun 2020 mcm x logik. Kalo 10 tahun lps mmg hottie gila abam aron aziz ni. Aku gi kedai mkn terdengar pompuan dua org tgh mengecur air liur ngadap tv kat kedai mkn tu..aku ingat ada mknn apa yg depa dok jerit mcm tgk ikan patin tempoyak. Tapi rupa nya ternmpk aron kat skrin tv. Masa tu aku baru balik dari gua kot. Mmg aku terkejut gila lah dgr rintihan dia org. Tp tu sebelum abam aron dah bam bam mcm skrg. So aku mcm susah nak percaya laporan utusan tu. Sorry sis.
Xde le naik mahkamah syariah kata kat hakim becerai sb suka sgt aaron aziz..mustahil..penipu pengarang berita ni..nk naikkan rating pembaca je tu..buat aafon aziz perasan hensem bebenau..