Siapa yang tak kenal dengan anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B. Berbeza dengan gadis remaja lain yang gemar berfesyen, Cik B lebih gemar berpakaian ringkas dan mahu menjadi dirinya sendiri.

Baru-baru ini Cik B menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan imej bersolek sebagai penghias kulit Malah Nona Edisi Mac 2020 bersama ibunya, Datuk Seri Vida. Rata-rata netizen terkedu melihat penampilan Cik B yang sangat menawan.


BACA: DSV Lantik Cik B Jadi CEO Termuda

Menerusi Instagram, DSV turut merasa bangga dan memuji kecantikan anaknya itu serta membidas netizen yang pernah mengutuk anaknya sebelum ini.


 

Diruangan komen, netizen berhenti memuji kecantikan Cik B yang kelihatan anggun malah turut menyindir netizen yang sebelum ini yang pernah ‘mengata’ Cik B pasti akan menyesal. Memang cantik sangat Cik B persis ibunya.