fbpx

“Salah Ke Saya Obses Dengan Anak Sendiri?”

Kerana kerap memuat naik perkembangan anak di laman sosial, Datuk Siti Nurhaliza dituduh obses dengan anak sendiri. Terkilan dengan dakwaan itu, Siti menyifatkan selepas penantian selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata, tidak menjadi kesalahan untuknya berbuat demikian.

BACA: Siti Nurhaliza Anjur Ulangtahun Perkahwinan Tun M Di Rumah Sendiri

“Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet. Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi”

“Siti juga akan selitkan muat naik aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri. Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata.

Sebagai selebriti yang sentiasa sibuk, Siti tidak mahu ketinggalan untuk melihat perkembangan tumbesaran anaknya dan dengan cara merakam sahaja beliau dapat menonton semula gelagat Siti Aafiyah di laman sosial.

“Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini. Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan”

“Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini. Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di YouTube. Selain durasinya panjang, ia boleh ditonton bila-bila masa,” katanya. (rtky/w)