Perkongsian pelakon Sophia Albarakbah menjadi perhatian apabila diberi kesempatan menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Sophia dilihat menyiram air di pusara arwah dan turut kelihatan di samping beberapa selebriti lain antaranya Riezman Khuzaimi dan Ahmad Idham.
BACA: Bukan Gila Publisiti, Sophia Albarakbah Tunjuk Bukti Terima Mesej Lucah
“Pada hari Jumaat yang mabrur ini, Sophia diberi rezeki untuk menziarah kubur arwah zara qairina.Semoga segalanya dipermudahkan untuk keluarga arwah,” tulisnya.
Perkongsian Sophia itu mendapat pujian ramai serta ada yang terharu kerana pelakon itu menziarahi pusara arwah Zara serta mengatakan mereka tidak melihat artis wanita lain berbuat demikian.
