fbpx

Netizen Tegur Hannah Delisha Jaga Aurat

Baru sahaja membuka akaun TikTok, rata-rata peminat Hannah Delisha teruja apabila pelakon dan penyanyi itu berkongsikan video pertama di aplikasi itu.

Menerusi video tersebut, Hannah dilihat sedang ‘cat walk’ menggayakan baju hitam lengan panjang dengan belahan leher berbentuk ‘V’ dipadankan dengan skirt labuh corak bunga-bunga.

BACA: Hannah Delisha Bagi Hint Sedang Hamil?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Meskipun ramai memuji kecantikan pelakon kelahiran Singapura itu, seperti sudah dijangka ada segelintir netizen menegur Hannah supaya menutup aurat dengan sempurna.

Ada yang meminta Hannah supaya melonggarkan pakaiannya dan ada juga menegur cara pelakon itu memakai tudung apabila ada yang mengatakan bahagian lehernya terdedah.

Malah, ada yang mengatakan sebelum ini pelakon itu pakai tudung elok sahaja serta mendoakan Hannah terus istiqamah dalam menutup aurat.

Terdahulu, Hannah mula berhijab sejak penghujung tahun 2020. Pada Januari 2021, palakon itu memadam lebih 800 gambarnya tidak berhijab di Instagram miliknya.