fbpx

Hannah Delisha Bagi Hint Sedang Hamil?

Sejak kebelakangan ini, ramai selebriti mengumumkan berita gembira tentang kehamilan mereka antaranya pelakon Wawa Zainal dan juga Ayda Jebat.

Malah, ada yang didakwa sedang berbadan dua namun belum lagi mengumumkan apa-ap seperti Neelofa dan Intan Ladyana.

BACA: Hannah Delisha Teruja Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Lepas Kahwin

Terbaru, pelakon Hannah Delisha pula didakwa sedang hamil disebabkan satu perkongsiannya di Instagram yang menjadi bualan ramai peminat.

Menerusi entri itu, Hannah memuat naik foto sekuntum bunga putih beserta kapsyen “Little Ones” sekaligus mengundang tanda tanya peminat.

Malah, ada yang membuat andaian pelakon itu kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya bersama pelakon Singapura, Imam Shah.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada tuan badan sendiri dan pertanyaan daripada netizen hanya dibiarkan sahaja tanpa jawapan.