Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida ada memuat naik video memaparkan dia sedang memujuk anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen atau Cik B.
Menerusi video itu, Cik B dilihat merajuk dengan ibunya kerana Vida hanya manja dengan adiknya sahaja iaitu Kacak.
BACA: “Takkan Saya Nak Pakai Macam Sami, Pergi Kuil? Tak Masuk Akal” – DSV
View this post on Instagram
Kelihatan Vida cuba memujuk anaknya sebelum bertindak mencium bibir Cik B meskipun pada awalnya enggan melayan ibunya. Bagaimanapun, Cik B dilihat tersenyum selepas dipujuk oleh ibunya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan tindakan Vida itu yang dikatakan kurang manis.
Diruangan komen, ada netizen mengatakan tindakan mencium bibir itu tidak sesuai meskipun hubungan ibu dengan anak apatah lagi Cik B sudah meningkat remaja.
Sementara itu, ada yang mengatakan patutlah Cik B tidak izinkan ibunya berkahwin lagi kerana dengan adik sendiri pun cemburu apatah lagi jika Vida ada suami baru.