Netizen Tegur Aeril Zafrel Jangan Tayang Kemewahan Di Media Sosial
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam di Malaysia yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.
Susulan kes tersebut, netizen menasihati pelakon Aeril Zafrel agar tidak terlalu menayang kemewahan di media sosial bimbang menjadi akan dipanggil oleh pihak berkuasa. Ia berikutan tindakannya memuat naik foto memperlihatkan kereta mewah miliknya.
BACA: Aeril Zafrel Terkenang Awal Perkahwinan Hanya Mampu Bagi Cincin RM50
Meskipun foto tersebut adalah sebagai tanda menghargai isterinya, Wawa Zainal yang sentiasa bersama dengannya ketika susah senang sehingga kini bergelar usahawan berjaya, namun lain yang dilihat oleh netizen.
Diruangan komen, netizen menegur Aeril supaya tidak menunjuk kekayaannya bimbang boleh mengundang fitnah. Bagaimanapun, netizen percaya bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka.
Dalam pada itu, ramai yang menjadikan pasangan itu inspirasi untuk mencapai kejayaan serta mendoakan Wawa dan Aeril kekal bahagia sehingga ke syurga.
Aeril dan Wawa kerja kuat
SPRM senang buat kerja sbb byk retis bodoh :(((.
Suka tgk kehenseman aeril ni.. Sweet.. Wangi.. Skrg bertmbh sado sbb g gym…untong kak wawa
Suka tgk kehenseman aeril… Skrg btmbh sado plak sbb kerap g gym… Wangi je slalu nmpk.. Idola
sekurang2nya mereka mula dari bawah. ada bukti bayar zakat bayar cukai sebab semua pendapatan diperiksa oleh juruaudit untuk ditaksir.
bukan mcm retis2 tunjuk harga buah, buat perayaan berpuluh kali supaya boleh lari dari cukai
PASANGAN NI COMEL JE
Berani tayang berani tanggung.
Settle audit segala n yakin buat bisnes jujur ha suka hati lah. Lagi pun yg tu je cara nak tarik stokis n agent. Bagi dorang yakin utk join.
Wawa n Aeril ni aku yakin je dorang jujur, dorang start dari bawah kot. Nampak la perjalanan dorang.
suka la tgk
Semoga dilimpahi air LHDN
Boring ya amat couple ni.
Jual kisah hidup sbb nk cover produk low class puih
melayu bangang mana lah yg minat couple ni … Yak attention seeker.
Sbb tu aku lebih suka tgk channel 550 alih suara ke bahasa melayu…
‘Lihatlah anak beruang itu…dia dah pandai tangkap ikan..lihat lah..lihatlah ‘
Datang seekor lagi..
‘Betul..lihat lah..dia melambai ke arah ibunya…ia sungguh comel..’
Lagi terhibur…aku boleh gelak smpi habis episod..
X pernah baca pun artikel kalu kisah laki bini ni,ngantok nye ya allah
COUPLE NI PUN DALAM RADAR SPRM JUGAK KE????
TERTIBAAA MELAMBUNG JADI JUTAWAN???
SITI TU BERTAHUN2 BERTUNGKUS LUMUS NAK DAPAT GELARAN JUTAWAN, PANGKAT DATUK.. TAK CUKUP TIDUR…KE HULUR KE HILIR.. JADI DUTA MAYBELLINE, MENYANYI MCM2 LAGU.. JUAL SUARA…
Aku cuma nampak kereta kuning..hihihi..
Pernah nampak balance akaun bank Aeril kat Twitter dulu masa mula2 PKP. Masa tu kan dia ada bagi bantuan untuk netizen yang betul2 perlukan bantuan, so ternampaklah screen shot balance akaun bank dia. Banyak, kalau tak silap beratus ribu kot, so sis husnudzon yang diorang suami isteri bukan scammer. Mana ada scammer berani nak simpan duit banyak2 dalam bank kan? Kalau tak, tak adalah polis/SPRM jumpa cash berlambak dalam rumah kan.
Airel n Wawa die berusaha…hasil die dpt Dr diorang usaha…klu x daa lama diorang Kene siasat….
Cuci okay!!! Opssss