Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara yang sering menjadi perhatian ramai. Memiliki tiga cahaya mata comel, ada saja momen manis dan melucukan sering dikongsikan untuk peminat mereka.

Baru-baru ini, Aeril ada berkongsikan perjalanan hidup sepanjang perkahwinan bersama Wawa. Menerusi entri itu, Aeril berterima kasih kepada isterinya kerana tetap bersamanya ketika susah dan senang.


BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hulur Dana RM1.2 Juta Bina Masjid

Terkenang kembali momen di awal perkahwinan, Aeril berkata mengalir airmata kerana banyak kenangan manis dan pahit ditempuhi bersama Wawa selama tujuh tahun perkahwinan.

Kata Aeril lagi, ketika itu dia hanya mampu memberi sebentuk cincin berharga RM50 sahaja. Aeril juga mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat.

“Bila throwback balik jatuh jugak air mata jantan aku. Inilah kisah perjalanan hidup saya dan isteri saya Wawa Zainal. Bermula tahun 2012, sehingga kini, terlalu banyak kenangan pahit dan manis.

“Terima kasih isteri sebab tetap bersama saya walaupun pada awal perkahwinan kita,hanya sebentuk cincin berharga 50 ringgit je yang dapat saya berikan. Doakan hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat,” tulisnya.

Perkongsian Aeril itu mendapat perhatian netizen yang turut sebak dan berharap mereka juga akan diberikan kebahagaiaan dalam rumah tangga. Rata-rata netizen mendoakan rumah tangga pasangan tersebut kekal sehingga akhir hayat dan bahagia selamanya.