fbpx

Baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman mengenai kehidupannya sebagai seorang pramugari, bagaimanapun ada yang kurang senang dengan kenyataan pelakon Faezah Elai itu.

Bagaimanapun, Faezah menjelaskan kenyatannya mengenai seseorang itu mampu memiliki banyak pengalaman dengan melancong walaupun tanpa pendidikan tinggi tetapi bukan bermaksud melarang orang lain menyambung pelajaran ke universiti.

BACA: Faezah Elai Kesal Mentaliti Buruk Masyarakat Terhadap Ibu Tiri

“Dalam video temubual saya bersama Zarul, ada saya sebut jika anda ada masters or PhD tapi tak pernah travel berbanding orang yang mungkin hanya ada SPM tapi selalu travel terutama pengembara solo, pengalaman mereka lebih banyak dan mereka lebih terbuka dan bijak.

“Tak semua orang mampu belajar sampai ijazah, kadang-kadang bukan sebab duit,tapi tak semua orang mampu untuk duduk dan membaca buku. Ada yang suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai orang, budaya dan agama.

“Saya tak cakap jangan belajar masuk universiti, sebab saya pun belajar sampai Universiti. Alhamdulillah dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah diluar, belajar tentang sabar bila kena maki, belajar tentang erti syukur, bila kena layan orang makan, belajar sedar diri, kita tak hebat mana pun walau ketika tu, gaji 8,000 ke 10,000 sebulan,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Faezeh turut memuat naik komen netizen yang memperlekehkan pekerjaan sebagai pramugari yang dianggap sekarang menyediakan makanan dan mencuci jamban kapal terbang.

Faezah turut memberi nasihat kepada individu yang tersebut agar tidak biadapp dan menghormati pekerjaan orang lain.

“Budak sekarang apa masalah dengan cuci jamban ni?? Hang tak pernah cuci jamban ka? Habis siapa yang cuci jamban rumah hang??

“Saya tak kongsi ini untuk anda kecam dia tapi untuk semua, sebab kadang-kadang kita selalu rasa diri kita hebat, walau hakikatnya kita yg buta perut. Alhamdulillah dapat lelaki yang suka travel jugak walau fly 3 tahun. 3 tahun sudah mencukupi,” katanya.

Untuk rekod, Faezah pernah bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan pada tahun 2003 hingga 2005 sebelum menceburi dunia seni.