fbpx

Faezah Elai Kesal Mentaliti Buruk Masyarakat Terhadap Ibu Tiri

Bergelar ibu tiri bukan mudah seperti yang disangka, menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kesal dengan mentaliti buruk masyarakat yang memandang serong dengan status berkenaan.

Menurut Faezah, dia yang menjaga tiga anak tiri daripada perkahwinan pertama suaiminya, pengarah Heykal Hanifah berkata ibu tiri juga berhak mendapat penghormatan seperti mana ibu kandung.

BACA: Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Bertudung Labuh

“Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.

“Jika berlaku sesuatu pada anak tiri, kamu akan disalahkan. Orang akan cakap duduk dengan mak tiri macam itu la, mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stres dengan mak tiri la.

“Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella mak tiri buat naya kat anak tiri,” tulisnya.

Faezah berkata apa yang diperkatakan itu bukan terjadi pada keluarganya. Malah, dia menghormati perasaan ibu kandung kepada anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara tidak baik.

Dalam pada itu, Faezah turut menitipkan pesanan kepada golongan ibu yang mempunyai anak dijaga oleh ibu tiri agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri anak-anak.

“Ibu tiri berhak dapat penghormatan yang sama seperti ibu kandung. Mereka bagi seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang mereka tidak kandungkan.
“Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah,” tulisnya.

Faezah Elai mendirikan rumah tangga dengan Heykal pada September 2011 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna,7, dan Aurora Heyrinna yang kini berusia 4 tahun.