fbpx

“Biar Kami Sahaja Tahu, Tak Manis Dedah Punca Cerai”

Semalam, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan Rashidi Ishak yang mengumumkan bahawa beliau dan Vanidah Imran sudah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu selepas 17 tahun bergelar suami isteri

Desas-desus mengenai perceraian pasangan ini sudah lama diperkatakan namun kedua-duanya bertindak mendiamkan diri. Mengulas mengenai perkara itu, Vanida berkata tidak berlaku sebarang pertengkaran antara mereka dan keputusan untuk bercerai atas persetujuan bersama.

BACA: Selepas 17 Tahun, Rashidi Ishak & Vanidah Imran Bercerai

“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.

“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” katanya kepada Astro Awani.

Kata Vanidah, dia menerima ketentuan jodohnya bersama Rashidi hanya mampu bertahan setakat ini sahaja. Ujarnya lagi, meskipun sudah berpisah hubungannya dengan Rashidi masih baik demi masa depan anak-anak.

“Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang. Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” katanya.