fbpx

Netizen Serang Isteri Baru PU Abu, Buat Gerakan Boikot Produk

Kontroversi panas melibatkan rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang menceraikan isterinya, Ain Afini ketika sedang hamil anak sulung mereka ternyata menimbulkan kemarahan netizen.

Susulan isu tersebut, isteri baru kepada PU Abu iaitu Hana Azraa dikecam teruk oleh netizen malah wujud gerakan mahu memboikot produk yang diusahakan oleh wanita tersebut yang merupakan pengasas produk kecantikan.

BACA: “Kalau Bekas Isteri Sayang Saya, Dia Tak Buat Macam Ni”

Tidak kurang juga ada yang menggena netizen agar memboikot ceramah atau program melibat pendakwah tersebut untuk memberi pengajaran kerana menganiaya bekas isterinya.

Dalam pada itu, perkongsian netizen itu turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan perbuatan kedua-kedua mereka sangat kejam. Kata netizen lagi, disebabkan mereka inilah orang ramai memandang serong kepada wanita berpurdah dan mereka yang bergelar Pencetus Ummah.

Semalam, menerusi satu kemaskini di Instagram yang kini sudah dipadam, PU Abu mengakui menyesal meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dalam pada itu, PU Abu memberitahu dia akan bertemu dengan bekas isterinya untuk menyelesaikan perkara ini secara baik