fbpx

“Kalau Bekas Isteri Sayang Saya, Dia Tak Buat Macam Ni”

Kisah penceraian Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya, Ain Afini terus mendapat perhatian ramai yang menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai tidak wajar dan kejam terhadap perempuan.

Dalam satu kenyataan kepada mStar Online hari ini, PU Abu kembali menegaskan yang cerita disampaikan bekas isterinya itu bukan kisah yang sepenuhnya.

“Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya. Ia hanya sebahagian. Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni,” ujar PU Abu menerusi Whatsapp.

Dan menerusi satu kemaskini menerusi Instagram yang kini sudah dipadam, PU Abu menzahirkan rasa menyesal dan meminta maaf atas apa yang telah dilakukan.

“Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran yang saya lakukan. Saya meminta maaf kepada bekas isteri dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka,” tulis beliau.

PU Abu juga meminta semua pihak untuk berhenti mengecam perbuatannya itu selain akan bertemu dengan bekas isterinya untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tidak lama lagi. (rtky/m)