Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendapat perhatian apabila ada yang berkongsikan sikap sederhan dan rendah dirinya ketika berada di set penggambaran.
Menerusi satu hantaran di Threads, ada netizen meminta untuk berkongsikan mengenai selebriti Malaysia yang rendah diri serta tidak menunjukkan kekayaan kepada orang ramai.
BACA: Syed Saddiq, Bella Astillah Buat Kejutan Bawa Mama & Abuya Tunai Umrah

Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain termasuk seorang lelaki ini yang menyebut nama Bella Astillah.
Lelaki itu berkongsikan pengalaman rakannya yang bekerja bersama produksi dan berada di set penggambaran bersama Bella dan beberapa selebriti lain.
Lelaki itu mengatakan rakannya berkongsikan ada segelintir selebriti memilih untuk memesan makanan dan minuman mahal.
“Bella Astillah. My friend kerja production, dia pernah shoot dengan Bella and few artis lain. Artis lain bila nak makan, kena order coffee dan meal mahal mahal dari Grab,” katanya.
Namun, berbeza buat Bella yang menikmati sahaja makanan yang disediakan oleh pihak produksi dan tiada masalah untuk makan menggunakan tangan.
“Tapi Bella makan je makanan catering yang set sediakan. Pakai tangan, pinggan kertas, duduk bersila pun takde hal,” katanya.