fbpx

Netizen Sebak Lihat Mizz Nina Menangis 

Pada Ogos lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pengguna memaparkan aktivis kemanusiaan itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menyekat air mata dengan tisu.

BACA: Noh Salleh, Mizz Nina Sahkan Sudah Bercerai

@ejust4u

#fyp #mizznina #fyp? #neelofar #miziwahid #fypdongggggggg #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #nohsalleh #cry #tiktok #selawat

? original sound – _wanyhasrita_ – _wanyhasrita_

Difahamkan, video itu dirakamkan ketika Mizz Nina dijemput menjadi tetamu pada persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute yang berlangsung pada 21 Ogos lalu. Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.

Menerusi satu lagi video, Mizz Nina berkongsikan kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.

@ejust4u

#mizznina #nohsalleh #allah #motivational #inspiration #nealofa #onitsukatiger #cry #miziwahid #spiritualsummit2022 #fyp #fyp? #fypdongggggggg #fypage #quote #hardship #lost #subhanallah #tabarakallah #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #meletop #tiktok #tiktok #lisasurihani #harisismail #bestrong #mstar #mstarmalaysia #mashallah #sinarfm #erafm #selawat

? original sound – Ejust – Ejust

“Wanita itu berkata ‘macam mana saya nak lalui semua ni?’ dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah.

“Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat Mizz Nina menitiskan air mata serta memberikan kata-kata semangat buatnya.

Terdahulu, Noh dan Nina berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.