Noh Salleh, Mizz Nina Sahkan Sudah Bercerai
Segala spekulasi mengenai rumah tangga pasangan selebriti itu akhirnya terjawab apabila Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah pun bercerai.
Perkara itu dikongsikan oleh Noh dan Mizz Nina secara serentak di Instagram masing-masing sebentar tadi. Menerusi entri itu, Noh dan Nina berkata keputusan untuk berpisah itu dibuat bersama bagaimanpun tidak berkongsikan tarikh perceraian.
BACA: Mizz Nina, Noh Salleh Bercerai?
Noh dan Nina berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik. Mereka turut meluahkan rasa syukur diizinkan oleh Allah untuk bersama selama 11 tahun yang cukup indah.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan pengembaraan,” katanya.
Dalam pada itu, Noh dan Nina berkata mereka akan tetap berkawan baik serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ini banyak memberi sokongan.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Diakhir perkongsian itu, Noh dan Nina turut memohon doa untuk kehidupan mereka selepas ini serta meminta peminat agar menghormati privasi mereka.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah. Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat diberi nama Musa pada Mac lalu.
1. Bad boys never change
2. Manner maketh man..so dont trust ppl with no manner (hembus asap kat reporter, rempitness lu wa lu and cringe like shuk)
3. Read 1 and 2 hadam.
So segala spekulasi da trjawab..syg nya rumahtangga yg bahgia selama ni brkecai..rugi kau noh..rugi sungguh..
harap Mizz Nina kembali mnyanyi mcm dulu.. lagu take over tu best.. dgn Around the world..
Kalau xde angin masa kan pokok bergoyang..
X penah minat pun nyanyian ke rapping diorg ni cuma amik tau gk laa perkembangan diorg sbb keje amal yg mrk lakukan.
Takziah noh kepam , tahniah Mizz Nina
Jgn buka hijab balik jerrr. Tak fair nak kecam Noh. Netijen tau mizz N pun dulu gimana sihh. Beza darjat jugek. Gimana mau kekal yaa. Yg beza kaya sikit pun diungkit habis pasangan yg kais pagi.
setiap yg hidup pasti tidak akan terlepas dari ujian. makin Allah sayang, makin besar ujian. semoga kalian bersabar dan terus ikhlas kepada-Nya.
Ko ni intan mane ko tau si noh ni dipihak yg rugi? Ko mcm tinggal serumah pulak. Kite pun tak tau hal dlm kain org. Jgn melebih2 la
kalau merancang je tapi tak reti nak execute, ni la masalah diorang. Memang Allah yg menentukan tapi kalau tak reti jaga perkahwinan maka cerai jugak
hal rumahtangga adahal hal personal masing2. diorg saja yg tau apa masalah diorg, mcm ps ngan sol punya kes. tp dlm bab noh n mizz nina ni, aku lebih kesiankan mizz nina. ini contoh isteri yg solehah, tindakan tak pernah nak direct salah pada noh, tp hanya kiasan yg dia dalam masalah. yg noh plak dgn gaya sombong dan angkuh. lantak ko la noh, ko yg pilih jalan hidup ko. apa pun semoga mizz nina tabah hadapi ujian ni…
Allah sayang kan miss Nina, mungkin ini jalan yang terbaik untuk miss Nina daripada meneruskan perkahwinan yg bermasalah.. Noh rain, nafkah jangan lupa kasi… k bye
Dari sini la kita boleh nampak.. Walaupun kita cantik, kita anak orang kaya, kita english hebat, Kita sweet sentiasa, kita bekas ratu negara, kita artis popular atau kita founder kaya raya bukanlah tiket untuk bahagia.
Bila jodoh hanya disitu maka hanya disitulah. Pada mereka diluar sana, jangan rendah diri jika kita tak punya apa. Jodoh semua Allah yang tentukan. Tabah, Sabar.
Ini la Pasangan yang sangat tenang dan matang. Tak ada satu pun benda buruk yang keluar dari mulut mereka. Tup tup cerai sahaja tanpa meroyan di social media. Bunga puji betul sikap matang mereka ni. Harap netijen dah artis lain boleh la contoh mereka berdua. Meroyan di social tak selesaikan masalah. Malah akan buat benda semakin buruk dan buat semakin tak tenang. Trust me. Semoga Allah jaga aib mereka suami isteri sentiasa.
Tiba2 aku terbayangkan miss Nina ni hayfa..
korang tau nak mencerca je..yg wife anak org besar. bila keluar gossip pelik2 gini, mestila board of directors complain. tak kiralah betul ke tak apa yang wartangok tulis, takkan org yg digosip duk diam. kira Noh tu ambil responsibility utk undur diri supaya tak affect lebih teruk dekat family Mizz Nina. simple politics!
Mizz Nina ni orang yang ADA CLASS. Tak buat kecoh tentang rumahtangga di social media.
Tak seperti “satu perempuan tu”.
Isteri pengarah filem. Tak habis-habis buat cerita tentang keburukan suami.
Tapi tak nak cerai pulak. Sebab apa ye? Ooh…nanti hilanglah kemewahan yang suami bagi tu!
Jadi minah ni setakat meroyan ajelah. Untuk dapatkan perhatian dan simpati. Muka tak malu betul!!
Maaf, tak boleh sebutkan nama minah attention seeker tu kat sini.
artis malaysia ni preach kemain. sebut mama tuhan tak lekang dibibir. last last kantoi curang main amoi. ahhahaha that’s why people, never trust anything on social media ?
mugkin salah isteri kot, kalau tak reti jaga suami? Pasti akan cari yang lain kan? Just because you hijrah tak semestinye isteri yg baik, betulkan? So mungkin berimej muslimah tapi yg lain hanya Dia yg mengetahui…adakan ni bala yg diturunkan?
kesian kat Musa.. semoga mizz nina menjaga musa dengan baik..
@Noh Panas @Victor Johann
Ko tak payah nak cakap pasal org lain la..Setiap manusia Allah duga. Kalau dia show some good examples, baguslaa. sebab kita semua always in learning progress till the end of time hokeyyy..
Nabi dan Ahli Ilmuwan pun ada yg bercerai. Sebab itu Qada & qadar. Cuma Allah nk tgk cara kita tangani dan hadapi.
Dan cukupla cakap pasal org n sebok nk cari salah siapa. Kalau dah smpai situ je tertulis jodoh dorg,, mcm mana elak pun dorg tetap akan berpisah pada waktu dan ketika yg ditetapkan..
Lantak lah diaorang nak kahwin ke nak cerai… sendiri pun tak betul