fbpx

Netizen Samakan Wajah Aliff Syukri Mirip Pelakon Kacak Thailand

Sejak kebelakangan ini nama usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri menjadi perhatian ramai ekoran kontroversi melanda dirinya. Sehinggakan ramai netizen berpendapat isu panas yang ditimbulkan oleh beliau hanya sekadar strategi pemasaran.

Nampaknya nama Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan warga Twitter apabila seorang pengguna yang menyamakan wajah pengasas d’Herbs itu mirip dengan seorang pelakon kacak Thailand, Sattaphong Phiangphor.

BACA: Kakak Aliff Syukri Nasihat Berhenti Taja Program TV, Berniaga Senyap Senyap

 

Rata-rata netizen mengakui bahawa wajah pelakon Thailand itu mempunyai persamaan dengan wajah Aliff Syukri. Ada juga netizen mengatakan pasti Aliff merasa bangga jika mengetahui wajahnya persis pelakon tersebut.

Tidak kurang juga ada yang tidak boleh menerima wajah kedua-kedua mereka seiras. Namun ada berpendapat wajah pelakon Thailand itu lebih kacak dari Aliff Syukri.

Apa pun, memang tidak dapat dinafikan wajah mereka seiras. Betul apa yang dikatakan orang dulu-dulu, dalam dunia ini ada tujuh orang yang berwajah sama.