fbpx

Cubit peha kiri, peha kanan turut sama terasa. Begitulah dengan kakak kepada Datuk Aliff Syukri, Noorhayati Kamarzaman juga pengasas produk, Sendayu Tinggi yang bersimpati dengan nasib adiknya yang sering dikecam.

BACA: Aliff Syukri Rasa Malu, Terhina Dengan Layanan Astro

Menerusi Instagram, Yatie menasihati Aliff supanya tidak lagi menaja program TV dan hanya berniaga senyap-senyap. Tambah Yatie, walaupun mereka ada cara tersendiri dalam berniaga, tapi hatinya sakit melihat orang mengecam adiknya.

Turut bersimpati dengan kontroversi melanda Aliff, para peminat yang menyokong nasihat adiknya dan menganggap nasihat itu sebagai tanda kasih sayang seorang kakak yang tidak sampai hati melihat kesusahan adik.

Ramai juga memberikan pendapat tersendiri, mengenai kekayaan Aliff yang sudah tiada bandingnya dan tidak perlu terkejar-kejar menaja program bagi meraih publisiti serta memperkenalkan produk-produknya lagi.

Air dicincang tidak akan putus, sama seperti kasih sayang sesama adik beradik. Harapnya Aliff mendengar nasihat yang diberikan oleh kakak tersayang. Mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi ini. (rtky/w)