Netizen Samakan Vida Dengan Watak Dalam Dragon Ball
Semalam, berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Pasti, ramai yang tidak sabar untuk melihat penampilan para selebriti pada acara tersebut. Seperti biasa, penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai.
BACA: “Saya Akan Terus Buat Kontroversi” – DSV
Hadir bersama anak perempuannya, Cik B, usahawan itu tampil dengan busana merah jambu rekaan pereka fesyen tempatan Razman Razmi.
Diruangan komen perkongsian foto busananya itu, ada netizen menyamakan fesyen Vida itu dengan watak dalam anime bersiri popular Dragon Ball iaitu Majin Buu.
Seperti sudah dijangka, ada yang mengecam Vida tidak sedar diri apatah lagi sudah tua tetapi mengenakan pakaian seperti itu.
Malah, ada yang menyangkakan pada awalnya Aina Abdul, rupanya Datuk Seri Vida. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan fesyen Vida semakin hari semakin pelik serta beristighfar melihat penampilannya itu.
Tak malu ke pakai macam tu?
Bayar mahal mahal sampai RM60,000.00. Hasilnya memalukan.
Baik duit tu disedekahkan kepada yang memerlukan
Based on world IQ ranking 2022, Malaysia’s average is 86 below the 100 global average. The evidence is strong supporter for these types of people including alip sukri, vida, bossku, zahid komedi. Sad but true