Netizen Sakit Mata Tengok Fesyen Pelik Masya Masyitah
Baru-baru ini, penyanyi Masya Masyitah ada memuat naik gambar bagi mempromosikan lagu barunya berjudul Simpanan.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu menjadi bualan ramai apabila ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya itu.
BACA: Masya Masyitah Berjaya Beli Rumah Kedua Pada Usia 21 Tahun
Menerusi foto itu, Masya dilihat memakai singlet merah jambu diluar serta baju dalam lengan panjang putih di dalam yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita bertudung.
Diruangan komen, netizen berkata meskipun ada baju di dalam namun ianya tidak sopan untuk mereka yang berhijab.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan seram melihat penampilan Masya sekarang dan lebih sukakan pemakaiannya dahulu yang lebih sopan.
Dalam pada itu, ada yang menyangka Masya sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dalam gambar tersebut. Bagaimanapun, difahamkan lelaki itu merupakan pelakon, Hon Kahoe yang sebelum ini pernah membintangi filem Talentime dan telefilem Senafas Rindu.
- SUMBER
- mStar Online
Sapo plak bdk ni weh?!
artis ke ni? tak kenal. penyanyi ke pelakon? biar lah dia nak pakai mcmna pon sbb orang x kenal dia pon.
fesyen paling lucu pada abad ni..
@matarabun
ni masya beli rumah 3 tingkat tu la.. mak pak beli dia guna for marketing hahaha