fbpx

Masya Masyitah Berjaya Beli Rumah Kedua Pada Usia 21 Tahun

Siapa sangka baru sahaja berusia 21 tahun, penyanyi Masya Masyitah berjaya membeli rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Masya meluahkan rasa syukur serta memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat itu.

BACA: Baru 19 Tahun, Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash RM300,000

Ini merupakan rumah kedua dibelinya selepas berjaya membeli sebuah kondominium berharga RM300,000 secara tunai ketika berusia 19 tahun.

Perkongsian Masya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah serta tumpang bangga dengan kejayaan penyanyi itu.