fbpx

Netizen ‘Restu’ Syed Saddiq & Bella Astillah

Perkongsian ahli politik, Syed Saddiq di Instagram menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Menerusi entri itu, Saddiq mengucapkan terima kasih kepada Bella kerana sudi datang beraya di ke kediamannya.

BACA: Shila Amzah Cadang Bella Astillah Cerai Guna Kaedah Hakam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Saddiq turut memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu agar terus kuat selepas berdepan kemelut rumah tangga baru-baru ini.

“Stay strong @bellaastillah! Kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan mereka merestusi hubungan Bella dan Syed Saddiq. Malah, ramai bersetuju bahawa mereka dilihat sepadan.

Terdahulu, Bella memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Aliff Aziz namun penyanyi itu enggan melafazkan talak pada 4 April lalu.

SUMBER: HibGlam