Netizen Ramal 8.8.26 Tarikh Nikah Syed Saddiq, Bella Astillah

Sebelum ini Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya, Bella Astillah mengumumkan sudah menetapkan tarikh perkahwinan mereka dan akan dimaklumkan kelak.

Terbaru, pasangan itu berkunjung ke pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya dan ramai membuat andaian untuk menyerahkan kad undangan perkahwinan.

BACA: “Saya Nak Fokus Bina Rumah Tangga Dulu, Soal Politik Kemudian” 

Sementara itu, ada yang meramal tarikh 8 Ogos depan iaitu 8.8.26 menjadi tarikh pernikahan pasangan itu, tidak kurang juga ada yang meramal pasangan itu memilih 30 Ogos sehari sebelum sambutan Hari Merdeka.

Terdahulu, Syed Saddiq berkata majlis resepsi dijangka diadakan di beberapa lokasi di Sabah dan Johor, bagi meraikan kedua-dua belah keluarga.

×