Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia kini mahu memberi tumpuan kepada fasa baru untuk membina rumah tangga.
Memetik BH Online, Saddiq berkata sebelum ini dia berjuang tanpa henti sejak 2014 dan belum memikirkan soal sama ada mahu memimpin semula partinya MUDA.
BACA: “Syed Saddiq Antara Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Ara” – Team BASS
“Sejujurnya sekarang saya mahu fokus membina rumah tangga terlebih dahulu. Ini bukan jawapan selamat, ini jawapan yang jujur dan ikhlas, memang daripada hati ke hati.
“Sejak saya mula berpolitik pada 2014 atau 2015, saya tidak berhenti-henti. Dalam tempoh itu bukan saya seorang melaluinya, satu keluarga lalui perkara sama,” katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah mengumumkan sudah menetapkan tarikh perkahwinan namun akan diumumkan kelak.
Sumber: BH Online