fbpx

Netizen Puji Yusuf Iskandar Tidak Mengeluh Dapat Hadiah Lilin Sahaja

Anak sulung kepada pasangan pelakon terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-5 pada 3 Jun lalu.

Sempena hari penuh bermakna itu, Yusuf menerima hadiah ‘prank’ berupa lilin daripada ibu bapanya. Namun apa yang menjadi perhatian adalah reaksi Yusuf yang tersenyum serta menerima seadanya hadiah tersebut.

BACA: Baru Usia 5 Tahun, Netizen Kagum Yusuf Iskandar Pandai Hafal Sifir

Menerusi video dikongsikan, Hairul turut meninggalkan komen anaknya itu pandai menjaga hati kedua ibu bapanya meskipun mendapat hadiah tidak seberapa.

Difahamkan, satu hari Yusuf menunggu namun tiada belon dan kek untuk hari jadinya, tetapi sebenarnya ada kejutan besar menantinya dimana dia diraikan dalam majlis serba sederhana namun meriah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan sikap murni ditunjukkan oleh Yusuf serta memuji Hairul dan Hanis yang berjaya mendidik anak-anak mereka dengan baik.