fbpx

Baru Usia 5 Tahun, Netizen Kagum Yusuf Iskandar Pandai Hafal Sifir

Jika anda mengikuti Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pasangan itu tidak lokek berkongsikan aktiviti harian mereka sekeluarga , malah ramai yang suka melihat telatah anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa Aisya.

Baru-baru ini, Hanis Zalikha ada berkongsikan video memaparkan anak sulungnya itu menghafal sifir. Baru berusia 5 tahun, Yusuf sudah menghafal sifir dua, tiga, lima dan tujuh.

BACA: Pembantu Rumah Nak Balik Filipina, Yusuf Iskandar Ucap Terima Kasih Undang Sebak

Meskipun dikacau oleh adiknya, Alisa, namun Yusuf dilihat masih dapat menguasai sifir dengan baik. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi kebijaksanaan Yusuf.

Malah, ramai yang memuji hasil didikan Hanis dan suaminya, Hairul Azreen terhadap dua anak mereka untuk belajar sejak dari kecil.