Netizen Puji Tomok Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri
Ilmu asas agama adalah perkara wajib perlu diajar oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Baru-baru ini, penyanyi Tomok ada memuat naik gambar isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka mengaji.
Namun perkongsian itu menjadi perhatian apabila melihat penyanyi berusia 36 tahun itu juga turut dilihat belajar mengaji dengan isterinya.
BACA: Tomok Pilih Nama Anak Ketiga Siti Khadijah
Menerusi perkongsian itu, Tomok meluahkan rasa lega kerana hari tersebut isterinya tidak memegang rotan. Sebelum ini, Tomok ada memuat naik gambar isterinya mengajar mengaji sambil memegang rotan.
Perkongsian Tomok itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji pasangan itu yang bersama-sama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi memperbetulkan bacaan Al-Quran.
Malah, diruangan komen rata-rata rakan artis dan pengikut turut terhibur serta memberikan reaksi positif terhadap perkongsian itu.
Tomok mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian dan Andra, serta cahaya mata perempuan, Siti Khadijah.
Ni pun boleh buat cite ke? Ape ke bodohnye
Byk yg mcm ni. Laki bljr dgn bini. Mmg nmpk teruk la sbb biasanya wanita kahwin nk dibimbing somi. Ini mcm terbalik. Tetapi lelaki mcm ni x ego dan selalunya penyayang. Mungkin agak jahil tapi yg pentingnya mahu bljr dan berubah arah kebaikan. Semoga suatu hari nnti mmpu jadi ketua keluarga yg lebih baik ya tomok.
Ada juga somi yg x mahu jd imam solat dgn keluarga kerana tak yakin diri. Begitu juga byk sgt lelaki yg x mmpu kendali kapal rumahtngga kerana byk bdk laki2 pemalas tahu main henpon dan komputer game dan x diajar menolong ibubapa. Sedangkan bdk perempuan dikecam jika malas. Didikan asas ibubapa amat perlu utk hasilkan generasi berkualiti.
Musim2 pkp ni ramai yg belajar ngaji balik kalau z sibuk mkn angin, melancong x ingt dunia. Bmyk elok covid ni kalau x semua x ingt mati…
VIV. AKU RSA KAU YG BODOH KUT.OKLA DIA UP CERITA MCMNI. ORG LAIN BLH AMBIL PENGAJARAN. NI ASIK CKP PSL DUNIA SAJA. SKLI SKALA AMBIL TAU JUGA BNDA BAIK APA YG ARTIS BT YG BLH DIJADIKAN IKUTAN.