Netizen Puji Produksi Sheila Rusly Terawih Berjemaah Di Pusat Boling
Meskipun sibuk menjalani penggambaran, syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah terawih secara berjemaah di sebuah pusat boling semalam.
Menerusi Instagrm, pelakon dan penerbit Sheila Rusly berkongsikan video suasana terawih kelihatan suaminya, Jinggo mengimamkan kru dan pelakon drama Ratu Tenpin.
BACA: Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Dah Tinggal Sebumbung
View this post on Instagram
Dalam entri tersebut, Sheila turut menyertakan kapsyen meskipun sibuk dengan penggambaran namun ia bukan alasan untuk tidak menunaikan solat terawih.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji produksi Sheila yang tetap mengutamakan ibadah.
Kata netizen lagi, tindakan tersebut secara tidak langsng memberi contoh kepada produksi lain supaya mengutamakan solat walau dimana pun berada.
Difahamkan, drama Ratu Tenpin itu berkisahkan mengenai sukan boling dan dibintangi oleh pelakon utama Elisya Sandha, Fify Azmi, bekas pemain boling kebangsaan, Syaidatul Afifah, Nazim Othman, Wani Kayrie dan ramai lagi.
Okay je kalau tak mengganggu orang lain & diorang pun tak terasa diganggu dengan suasana dalam pusat bowling tu. Yang penting betimbang rasa. Jangan buat non-muslim rasa islam ni menyusahkan.
terawih sunat kak oii.. tak yah la nak free marketing sampai macam tu sekali.
NI MACAM LAIN KALI KALAU BUAT PILEM DALAM KALABUL MALAM BOLEH LER RAMAI2 SOLAT JEMAAH YA DOK???
BILA BAB NI SUSAH NAK BERHUSNUZON… MORE LIKE MENUNJUK RIAK TU ADA LER.
TERAWIH BALIK UMAH PUN BOLEH BUAT PER.. APER KE HEH JEMAAAH PAT TEMPAT BOWLING SHEILA JINGGO OI….?
APER MOTIVE….?????
kalau time bukan ramadhan, bila masuk waktu solat FARDHU, ada jemaah mcm ni tak kat set? ke yg ni sekadar gimmick murahan???
Hahahaha..nak gak free marketing mcm lopak…LOL
omg. apa benda la. mmg la tarawih sunat muakkad yakni sunat yang sangat dituntut. tapi banyak lagi masa nak buat terawih bukan kena buat immediately after isyak pun. Semak betul perangai dekat public mcm ni. Terpaling tarawih. Please la, ikut kesesuaian tempat. Kang komen banyak cakap netizen nerakazen plak. netizen je la duk neraka ek.