fbpx

Netizen Puji Penampilan Mia Ahmad Bertudung Labuh

Sudah lama rasanya tak lihat pelakon Mia Ahmad muncul di kaca televisyen, lebih-lebih lagi semenjak mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian terbaru Mia di Instagram menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu mengenakan jubah berwarna coklat lembut serta tampil bertudung labuh.

BACA: Mia Ahmad Pilih Nama Anak Kedua Iris

Malah, dalam beberapa gambar lain juga turut memaparkan dirinya bertudung labuh menutupi paras dada.

Perkongsian Mia itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang memuji penampilan terbaru Mia yang manis dan sejuk mata memandang.

Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah untuk tampil bertudung labuh serta dipermudahkan segala urusan.

Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada tahun 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.