fbpx

Mia Ahmad Pilih Nama Anak Kedua Iris

Selamat menimang cahaya mata kedua pada 18 Jun lalu, akhirnya Mia Ahmad mendedahkan nama anak keduanya iaitu bayi perempuan yang diberi Iris Binti Mohd Izham Tarmizi. Perkara itu dikongsikan oleh Mia menerusi Instagram selepas sepulluh hari kelahiran puterinya itu.

Menerusi perkongsian itu, Mia turut memuat naik gambarnya bersama suami dan turut mendedahkan wajah bayinya buat kali pertama. Dalam entri itu, Mia turut mengucapkan salam bagi pihak anaknya buat semua pengikut di Instagram.

BACA: Mia Ahmad Tak Izinkan Sesiapa Melawat Cahaya Mata Kedua

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilihan nama Iris sebagai satu nama yang cukup indah. Malah, netizen juga mengatakan nama anak kedua Mia itu sangat mudah untuk disebut.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar Iris membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

Terdahulu, Izham berkata, sepatutnya anak kedua mereka itu dijangka lahir pada hujung bulan ini tetapi lahir seminggu lebih awal. Kata Izham lagi, lebih bermakna apabila anaknya itu lahir di dalam bulan Syawal.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham, yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.