fbpx

Netizen Puji Penampilan Hannah Delisha Bertudung Tutup Dada

Nama pelakon Hannah Delisha menjadi perhatian ramai impak daripada watak Amani menerusi drama Cinta Sekali Lagi. Sehinggakan ada yang memintanya membuka tudung kerana geram dan marah dengan lakonannya itu.

Sejak membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu, ramai yang memuji penampilan pelakon berasal dari Singapura yang dilihat tampil sopan dan manis sekali.

BACA: “Ada Yang Suruh Saya Buka Tudung Sebab Tak Layak Pakai…”

Baru-baru ini, Hannah ada berkongsikan beberapa keping gambar di sebuah majlis menerusi laman Instagram miliknya. Hannah dilihat tampil menawan dengan mengenakan hijab bermotifkan bunga.

Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah gaya tudungnya yang dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada ternyata mendapat pujian rata-rata netizen.

Terdahulu, Hannah mengakui dia pernah terfikir tentang soal rezeki selepas dia memilih untuk berhijrah, namun dia tidak perlu risau kerana dia percaya dengan ketentuan dan segala rezeki adalah daripada Allah.