fbpx

“Ada Yang Suruh Saya Buka Tudung Sebab Tak Layak Pakai…”

Impak daripada watak Amani menerusi drama Cinta Sekali Lagi, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mendedahkan dia diminta membuka tudung oleh netizen yang geram dan marah dengan lakonannya itu.

Menurut Hannah, dia akui terkejut apabila menerima banyak mesej yang dihantar ke Instagramnya. Ujarnya lagi, ada yang mengatakan dia tidak untuk memakai tudung kerana wataknya yang terlampau jahat.

BACA: Hannah Delisha Tak Risau Soal Rezeki Setelah Berhijab

“Memang ramai yang marah dengan saya sebab Amani hancurkan rumah tangga kakak­nya, Amanda (lakonan Nelydia Senrose) dengan menggunakan ilmu sihir.

“Malah, ada juga yang menyuruh saya membuka tudung sebab tidak layak memakainya kerana terlampau jahat. Lucu tetapi kalau benci Amani, janganlah marah saya pula,” katanya kepada Kosmo!

Meluahkan rasa syukur berjaya membawakan watak antagonis dan mendapat pujian ramai, Hannah berkata pada awalnya dia bimbang jika lakonanya itu dihentam netizen.

“Pada mulanya takut juga orang hentam tetapi terkejut sebab ramai yang puji saya berjaya buat orang benci. Saya bangga dengan diri sendiri dan rasanya saya sudah berikan sepenuh jiwa untuk watak tersebut,” ujarnya.