fbpx

Netizen Puji Jep Sepahtu Jaga Aurat Isteri

Berkongsikan gambar sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini, Jep Sepahtu diraikan dengan penuh sederhana bersama keluarga dengan sebiji kek. Menerusi entri itu, Jep mengucapkan terima kasih buat kesayangannya iaitu isterinya, Sari Yanti serta anak-anaknya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah foto yang dimuat naik oleh Jep itu menutupi bahagian aurat isterinya yang secara tidak sengaja terdedah ketika gambar tersebut diambil.

BACA: Jep Sepahtu, Sari Yanti Selamat Timang Anak Kedua

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Jep peka dan teliti dengan aurat isterinya sebelum berkongsi gambar mereka sekeluarga di media sosial. Malah, netizen juga turut kagum dengan sikap Jep yang bukan sahaja kelakar tetapi seorang suami yang bertanggungjawab.

Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Dariya Inara yang berusia dua tahun dan baru sahaja menyambut cahaya mata kedua 7 Jun lalu.

Sari Yanti mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulu.