fbpx

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada berkongsikan mengenai anak bongsunya, Aisha Amaira yang dikatakan seiras dengan anak perempuan Puteri Sarah iaitu Sumayyah.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Fasha berkata ketika hamil dia suka melihat gambar Sumayyah dan disebabkan itu wajah anaknya mirip disebabkan ‘kenan’ dengan anak Puteri Sarah.

BACA: Kurang Suka Barang Kemas, Fasha Sandha Bahagia Bila Di Sisi Suami

Dalam perkongsian lain, Fasha turut memuat naik mesej perbualannya dengan Puteri Sarah yang bertanyakan tips bagaimana kulit bayi cantik dan sihat seperti Sumayyah.

Sementara itu, Fasha sempat menitipkan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang kini bedepan masalah rumah tangga serta dipermudahkan segala urusan.

“Kak doakan yang baik-baik buat adik, kuat untuk anak-anak dan terus berjuang! Terus bekerja, insya-Allah bila sibuk, kita tak fikir sangat masalah-masalah itu. Insya-Allah, kak doa dipermudahkan,” tulisnya.