fbpx

Netizen Pertikai Zulin Aziz Mula Jual Produk Kurus

Tampil langsing dan berat badan menyusut, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru pelakon dan pengacara Zulin Aziz. Daripada berat badannya 85 kilogram, kini berat badan Zulin mencecah 58 kilogram.

Bertahun berusaha, gagal dan akhirnya berjaya bangkit kembali, Zulin berkata ianya tidak mustahil jika kita buang sikap malas. Ramai yang mengagumi Zulin kerana bukan mudah untuk menurunkan berat badan kerana perlukan usaha.

BACA: Bekas Kekasih Cari Balik Zulin Aziz Selepas Tampil Langsing

Baru-baru ini, Zulin ada berkongsikan video mengenai keperitan apabila ditinggalkan kekasih hati sebelum majlis perkahwinan mereka.

Video itu juga memaparkan transformasi Zulin yang berjaya menurunkan berat badan dan kini tampil langsing. Bagaimanapun, di akhir video itu Zulin mempromosikan satu produk kurus diberi nama ‘Magia Diet Mealz’.

https://www.instagram.com/p/CA-r8BmD7_1/?utm_source=ig_embed

Difahamkan, produk itu bertujuan untuk mengurangkan obesiti. Penghasilan produk itu berdasarkan formulasi daripada pakar teknologi makanan. Hasil tinjauan, produk tersebut bertindak sebagai pengganti makanan.

Menerusi perkongsian di Intagram, produk tersebut dikatakan boleh membuang toksin dan kotoran di dalam badan agar nutrien lain boleh diserap dengan mudah.

Seperti sudah dijangka, perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang tidak bersetuju Zulin menjual cerita sedih untuk mempromosikan produk kurus keluarannya itu.

Malah, ramai yang tertanya-tanya adakah produk berkenaan betul-betul berkesan sedangkan sebelum ini Zulin mengatakan dia pemakanan dan mengamalkan rutin senaman.

Terdahulu, Zulin berkata dia tidak menyentuh nasi sejak tahun lalu lagi. Zulin juga mengakui sedang mengamal sejenis minuman yang dimana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.