fbpx

Bekas Kekasih Cari Balik Zulin Aziz Selepas Tampil Langsing

Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Zulin Aziz yang semakin langsing dan berat badannya semakin susut. Zulin berkata dia nekad untuk menurunkan berat badan selepas menerima pelbagai kutukan dan cacian daripada rakan-rakan.

Zulin juga mengakui mengakui bentuk fizikal dan rupa paras kurang menarik menjadi punca dia putus cinta pada Oktober tahun lalu. Malah, Zulin mengakui penampilan terbarunya membuatkan bekas teman lelakinya  kembali menghubunginya.

BACA: Kongsi Foto Bersama, Ikhlas Jalil Akui Dah Lama Minat Zulin Aziz

“Saya tak suka hidup di masa lalu. Memang bekas teman lelaki ada menghubungi untuk kembali berbaik tapi ia tidak akan pernah berlaku kerana dia hanya sesuai berada di masa lalu saya saja.

“Segala cacian dan kutukan yang pernah dilemparkan kepada kawan-kawan di belakang saya membuatkan saya bulat hati untuk turunkan berat badan demi kebaikan.

“Hubungan kami musnah sebab dia tidak ikhlas menerima diri saya seadanya biarpun di depan saya dia memberikan pelbagai janji manis,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai gosip dengan pelakon Ikhlas Jalil, Zulin berkata mereka hanya sekadar berkawan. Ujarnya, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk mengenali hati budi seseorang dengan lebih mendalam.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Kalau dulu mungkin saya terlalu memilih atau menyukai seseorang sedangkan dia tidak sesuai untuk kita, tapi sekarang ini saya lebih selesa berkawan dengan semua orang.

“Mengenai hubungan saya dengan Ikhlas kami hanya sekadar kawan. Kami mula bertegur sejak Ramadan lalu. Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua.

“Saya takut nak cakap lebih-lebih sebab soal jodoh ini rahsia Allah SWT. Tapi, saya selalu berdoa agar dikurniakan teman lelaki yang terbaik untuk saya selepas beberapa kali gagal dalam percintaan,” katanya.